Pengenalan Kopi Mahkota Dewa


Pemilik dan Pengeluar Kopi Mahkota Dewa


Al Jannah Global Marketing Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai AJGM adalah syarikat milik penuh Bumiputera dan fokus utama adalah pengeluaran dan pemasaran Kopi Pra Campuran Mahkota Dewa dan herba Mahkota Dewa.Syarikat ini disokong oleh SME Bank dan telah beroperasi bermula pada tahun 2008 sehinggalah sekarang.Matlamat utama syarikat adalah menjadi syarikat bumiputera yang berjaya dan disokong oleh rangkaian pemasaran yang cekap meliputi seluruh negara.Al Jannah Global Marketing Sdn Bhd diterajui oleh seorang tokoh perniagaan tempatan iaitu Dato’ Zulkefli Md Isa yang bertindak sebagai Pengerusi Eksekutif Al Jannah Global Marketing Sdn Bhd dan moto AJGM adalah “Usahawan AJGM Didahulukan,Pencapaian Syarikat Diutamakan”.
AJGM ini beroperasi di Lot G-2,Kompleks Kilang SME Bank,No 15,Jalan Tahana,Kawasan Perindustrian Tampoi,81200,Johor Bahru,Johor yang merupakan HQ bagi semua urusan yang melibatkan pengurusan,pengeluaran dan pemasaran Kopi Mahkota Dewa ini.Anda boleh hubungi mereka di talian telefon 07-232 9177 untuk maklumat lanjut mengenai Kopi Mahkota Dewa ini.Anda juga boleh layari laman web rasmi AJGM iaitu http://www.ajgblobal2u.com 

Pengenalan ringkas Kopi Mahkota Dewa




Kopi Mahkota Dewa adalah kopi yang diciptakan khas untuk semua penggemar kopi Malaysia dan ia diadun dengan biji kopi Arabica Mendahling dan ekstrak Mahkota Dewa serta 10 herba pilihan yang terbaik dan berkhasiat.Mahkota Dewa atau nama saintifiknya adalahPhaleria Macrocarpa berasal dari hutan belantara di Papua New Guinea dan jika tanahnya subur ketinggiannya boleh mencapai sehingga ke 5 meter.Buahnya berwarna merah menyala seperti epal dan boleh berbuah sepanjang tahun jika tidak diganggu oleh pencemaran aktiviti manusia.Sudah berkurun khasiat Mahkota Dewa menjadi rahsia istana Kesultanan Kepulauan Jawa dan ia digunakan secara meluas dalam perubatan alternatif untuk pelbagai penyakit di Indonesia.
Antara bahan atau herba dalam Kopi Mahkota Dewa adalah kopi Arabica,Mahkota Dewa,Lempoyang,Temulawak,Goji,Ginseng,Jerangau,Kayu Manis,Halia,Buah Pala,Kulit Manggis dan juga Mengkudu.Ia juga mengandungi Gula dan Krimer Bukan Tenusu.Secara keseluruhan,60 peratus adalah daripada ekstrak Mahkota Dewa,30 peratus adalah herba-herba lain dan 10 peratus Gula dan Krimer Bukan Tenusu.Ia dijual dengan harga RM28 bagiSemenanjung Malaysia dan RM33 bagi Sabah dan Sarawak dan ianya mempunyai 20 sachetyang setiap satunya berat 30gram.Sachet Mahkota Dewa adalah berbentuk serbuk dan rasanya sedap diminum jika anda adalah penggemar kopi mahupun bukan penggemar kopi(seperti saya).Untuk makluman anda,Kopi Mahkota Dewa adalah makanan tambahan untuk kesihatan dan ianya bukan ubat.
Untuk menggunakan Kopi Mahkota Dewa adalah mudah iaitu anda ambil sebungkus Kopi Mahkota Dewa(sachet),masukkan dalam cawan dan campurkan 200ml air mendidih.Selepas itu, kacau dah hidangkan ketika masih hangat.

No comments:

Post a Comment